

|
Alam persekolahan ..
Friday, 30 December 2011
Esok aku kena pergi sekolah and sekarang pukul 1:36 pagi aku masih lagi belum tidur dan menghadap laptop dengan bosannya . Heihh . Bila lah aku nak jadi manusia normal yang akan tidur pada pukul 8 p.m ? Lol mcm awal sangat je . Kebelakangan nih sleep time aku memang tak normal mcm burung hantu bak kata burung kakak tua *merepek* .
Okay tadi gaduh ngan nama disensored .. Bila gaduh kan ingat masa time dulu-2 main maki-2 kat blog . Bila teringat balik memang rasa mcm tak matang gila , buruk-burukkan orang dekat sane sini . Lol . So maybe sekarang dan lepas ni aku akan lebih berfikiran terbuka .
Lepas nih maybe aku takkan gaduh ngan orang lagi mcm dulu-2 . Aku nak focus on study . Lepas nih orang nak fikir aku jahat ke , teruk ke , dah berubah jadi jahat ke , lantaklah . Allah tahu apa yang aku buat , aku tahu apa yang aku buat , mama tahu apa yang aku buat . Aku rasa itu dah memadai .
Tidak perlu orang yang dulunya rapat dengan aku tetapi sekarang tidak lagi , orang yang tidak pernah kenal aku , orang yang tidak pernah rapat dengan aku , orang yang hanya tahu melihat kesalahan orang lain untuk menilai kebaikan mahupun keburukan aku . Tidak salah untuk seseorang itu berubah tetapi masih ada sesetengah masyarakat yang berfikiran sempit kerana tidak pernah ingin memberi peluang kepada orang yang ingin berubah ke arah kebaikan , tidak menyokong mereka malah menganggap manusia tidak boleh berubah . Memang , memang agak sukar untuk berubah namun ia tidak bermaksud tidak boleh untuk cuba melakukannya .
Allah itu maha mengetahui , dia mengetahui segala perbuatan aku , malaikat sentiasa mencatat apa kebaikan dan keburukan yang aku dah buat . Tetapi manusia ? Adakah mereka tahu apa yang kita lakukan ? Adakah mereka tahu apa yang kita niatkan ? Tidak sama sekali . Kita tak boleh nak tutup mulut orang , kita tak boleh nak tukar pemikiran orang , yang kita boleh hanya berdoa kepada Allah seupaya dibukakan pintu hati mereka untuk lebih berfikiran terbuka .
Kita manusia tidak pernah sempurna , tetapi kita boleh mencuba untuk mengurangkan kekurangan kita . Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih . ♥
|