Mario Maurer's
Tips jadi cool blogger
Friday, 2 December 2011


Hey readers , Assalamualaikum . :)
Hari ni aku nak share macam mane nak jadi cool blogger . Kenapa cool ? Sebab aku tak HOT , so aku tak tahu lah tips jadi HOT blogger . Okey aku tahu , blog aku bukan lawa pun , content blog aku bukannye maklumat penting or berita terkini , blog aku tak ada ads nuffnang . Tapi kan sebagai blogwalker , korang mesti ada sikit-2 tak suka kan blog orang yang macam ni , macam tu . Aku penah ada perasaan blogwalking blog orang rasa macam nak hempas laptop aku ni . Sebab apa ? Sebab JAM ! Okey geram gila masa tu . Dah-2 kita ke tajuk ehh ?

1. Elakkan blog menjadi berat 
Contohnye taruk widget yang agak tak penting kat blog tu membuatkan blog tu jadi berat . So bila orang blogwalking kan memang angin gila lah sebab kena tunggu lama , tunggu lama tu tak kisah sangat lah , tapi bila menyebabkan semua aktiviti lain tergendala . Memang lebih angin daripada biasa .

2. Elakkan taruk music yang bising  
Blogger memang suka taruk lagu kat blog . It's okey pun sebenarnye bersantai sambil blogwalking blog korang . Tapi kadang-2 ada lagu yang tak sesuai ataupun terlalu kuat , dahlah macam tu takde pause button pulak tu . Memang terus tutup lah blog korang jawabnye . Korang boleh taruk lagu but sekurang-kurangnye kena ada pause button so bila orang tak suka lagu tu boleh pause kan sebab citarase orang kan lain-2 .

3. Gunakan perkataan yang senang dibaca
Bila orang blogwalking , dah tengok blog tak berat , music tak bising mesti nak bace entry kan ? So elakkan lah perkataan yang susah dibaca , contohnye : syew x sukew owang yg ... Kalau nak short form pun jangan lah terlalu short . Bace balik entry korang sebelum korang publish post . Elakkan spelling mistakes .

4. Button follow jangan disembunyikan
Dah best dah blog dah lawa , entry dah best sekali cari button follow tak dapat . Memang tak bertambah lah korang punya followers karang . Button follow kalau nak lebih ketara seeloknya taruk kat atas lah , tak susah sangat nak scroll ke bawah nak follow .

5. Digalakkan mempunyai shoutmix
Kegunaan shoutmix ni lebih kepada tinggalkan link , atau comment blog . So , kalau korang nak balas jasa diorang follow korang ke apa lebih senang . Shoutmix ni juga boleh jadi tutorial request , kalau korang ni pro buat blog kan tak susah orang nak mintak tunjuk ajar . Sharing is caring .

Maybe itu je kot yang aku tau . Sebab aku bukannya blogger hebat pun , maybe nak digelar blogger pun tak layak . Just pandangan as a blogwalker lah .