

|
Saya tak faham -.-
Thursday, 5 April 2012
First sekali assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cewah. Haha sebenarnya sekarang ni ontheway nak tidur tapi berdegil juga nak post blog. Jadi saya pun post lah kan? Apa susah.
Saya penat ah hidup penuh dengan persoalan, keraguan. Heihh. Mengeluh mengeluh dan mengeluh. Saya tak minta yang terbaik, saya minta yang elok je. Tapi saya tak tahu mengapa semuanya berakhir dengan kesedihan, kekecewaan. Saya patut redha dengan qada' dan qadar saya sedar, tapi sebagai manusia kita sebenarnya susah nak menerima kegagalan, kesedihan.
Saya tahu saya kena kuatkan hati, cekalkan jiwa dan raga, terbitkan cahaya kegembiraan, tapi saya tak cukup kuat, saya tak mampu. Saya terpaksa pendam kesedihan dan kekecewaan ini seorang diri. Saya nak cerita tapi tiada yang mendengar, sampai ke hari ini saya masih simpan sebak di dada. Saya nampak gembira, gelak tawa yang nampak ikhlas, tapi dalam hati hujan lebat ribut petir, saya tanggung seorang diri. Tiada siapa faham, tiada siapa concern fasal saya.
Saya tak minta perhatian, saya tak minta simpati yang saya minta satu sahaja, tolong jangan tambahkan kesedihan atas saya, saya tak minta awak gembirakan saya, tapi saya minta awak jangan tambahkan kekecewaan ke atas saya. Saya penat nak tanggung semua ni saya tak kuat.
|