Mario Maurer's
Bersyukur.
Saturday, 1 December 2012

Terima kasih Ya Allah, kau masih beri peluang untuk aku hidup di bumimu Ya Allah. Pemergian rakan sekolah, Zahirah telah mengingatkanku tentang mati. Janji Allah, yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa dia, kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang orang yang beriman.

Aku juga bersyukur, masih ada orang yang menyayangiku walaupun dengan sikap aku yang macam ni. "Tasha, dodi sayang tasha." "Sejujurnya, dodi cinta tasha sorang je." "Demi Allah dodi tk ada pompuan lain."

Ya Allah, andai cinta itu milik kami, biar apa jua dugaannya, kami mohon agar diberi kekuatan dariMu, untuk kami mengharunginya.
Ya Allah, andai cinta itu bukan milik kami, biar seberapa kali kami cuba pertahankan, kami mohon agar diberi kekuatan dariMu, untuk menerima segala takdirMu yang indah ini.

Andai suatu detik,   apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu, dari insan yang kamu terlalu cintai, maka ucapkanlah, "Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU" terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka, redhalah dengan ketentuan takdir dariNya, kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...