Mario Maurer's
Bahagia itu sementara..
Sunday, 17 February 2013

"Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, kemudian Dia datangkan guruh dan petir. Puas kita menangis mencari-cari dimana matahari. Rupa rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi" Tapi... Pelangi tak kekal lama kan? Tapi tak bermaksud pelangi takkan datang lagi. Betul tak?

Assalamualaikum.

Harap tak ada salah faham tentang apa yang aku tulis di atas. Kebelakangan ini, banyak insiden yang telah berlaku. Aku belum bersedia untuk luahkan kepada sesiapa sebab masih baru bagi aku. Aku tak pernah sangka perkara sebegini berlaku kepada aku di usia sebegini muda. Masih terkejut, masih trauma. Allah je tahu apa yang aku rasa. Lepas solat selalu luahkan kat Allah, sebab aku yakin Allah tu maha mendengar. Bahagia itu sementara. Takkan merasa bahagia kalau tak ada duka.

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahan" (QS. Alam Nasyroh: 6)

Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (QS. Ath Tholaq: 3)

Kalau boleh aku minta... Aku cuma inginkan hidup aku yang dulu.