Mario Maurer's
Baru ku sedari
Sunday, 14 April 2013

Baru ku sedari... cintaku bertepuk sebelah tangan..
Setiap percintaan, aku yang kecewa. Entah mengapa. Mungkin Allah nak beri aku pengajaran. Dan aku masih belum bisa belajar dari kesilapan. Maafkan aku Ya Allah. Aku hambamu yang tak sedar.
Banyak kali dah aku sedar. Tapi baru kali ini aku terbuka mata.

Semua manusia buat salah. Dodi buat salah. Salah dia teralu yakin yang kita akan bersama, terlalu yakin akan perasaan dia. Salah dia, dia tak sedar masa depan kita masih panjang. Dan aku... salah aku.. Salah aku percayakan dia, salah aku sayangkan dia. Salah aku yakin akan perasaan dia ke aku, yakin yang dia sentiasa ada untuk aku.

Dan kesalahan kesalahan tersebut buat aku jadi macam ni. Macam orang gila, macam orang tak betul. Setiap malam menangis terlalu rindukan dia. Aku cari Allah, aku lega. Namun perasaan tu akan sentiasa datang balik. Tiada daya aku untuk mengelak dari perasaan tu melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Allah, aku memohon kepadamu agar diizinkan untuk aku pergi dari kenangan ini. Pergi jauh.. Aku memohon izin Mu untuk aku memulakan hidup baru di tempat yang baru andai tempat itu baik untuk aku. Tetapi andai tempat itu tidak elok untuk aku, maka kau jauhkanlah aku dari tempat itu, bantulah aku di Senai untuk melupakannya. Kerana aku terseksa setiap kali aku ingat dia. Ku pohon agar Kau perkenankan doaku.